
Hari ini, semalam mahupun esok, yang pasti gadis hari ini tidak pernah
berfikir sebelum melakukan maksiat. Akibat terlalu taksuf dengan cinta
dan takut pasangan meninggalkannya, gadis hari ini sanggup menyerahkan
mahkota tubuh gebunya sebagai bukti sayang dan cinta.
Setelah bertahun-tahun bercinta tetapi tak juga berkahwin akhirnya
perpisahan berlaku. Bila perpisahan berlaku, yang pasti si gadis
menanggung beban cinta kerana terlanjur dan hilang dara. Ada yang pernah
mengandung dan telah mengugurkan kandung, ada yang punya anak luar
nikah, macam-macam lagi perkara buruk berlaku padanya. Jangan
dipersalahkan lelaki jika sudah puas meratah tubuh si gadis lalu
meninggalkannya. Pelbagai alasan menjadi tajuk utama si lelaki
meninggalkan si gadis yang sudah dinodai.

Persoalannya apakah akan terjadi selepas si gadis di nodai dan
ditinggalkan oleh si lelaki? Apa yang pasti kebimbangan untuk menerima
lelaki lain yang berniat untuk mengahwininya dengan betul akan berlaku.
Hendak berterus terang, malu dan bimbang di hina dan di tinggalkan,
sedangkan lelaki itu baik orangnya dan si gadis pula sudah tertawan.
Adakah jalan penyelesaian boleh dilakukan? Hendak berterus terang?
mungkin si lelaki yang baik boleh menerima seadanya. Bagaimana jika si
lelaki jenis mementingkan maruah, tak mahu bekas orang jadi miliknya...
Apa perlu di buat? Bercelaru otak dan akal berfikir mencari jalan sama
ada hendak berterus terang atau menyembunyikan perkara sebenar.
Termenung setiap masa, hari perkahwinan sudah hampir tiba. Setahun
bertunang dan hanya sebulan saja lagi majlis pernikahan akan diadakan.
Merujuk perkara ini, pada gadis yang belum terjebak dan terlanjur dengan
maksiat akibat bukti cinta, berfikirlah sebelum melakukannya, merelakan
tubuh di ratah si lelaki yang bukan berstatus suami iaitu halal.
Zaman serba maju ini tidak mustahil pelbagai cara boleh menyelesaikan
masalah hilang dara. Apakah perbuatan memulihkan dara yang hilang itu
disebut sebagai menipu bakal suami dan suami yang malam pertamanya
mendapat sisa-sisa orang lain tetapi dara yang ada adalah tiruan?
Apapun maruah perlu di jaga sekalipun sebelum ini sudah tercemar. Dunia
perubatan kini semakin canggih, ada konsep pembedahan dara tiruan dan
ada yang berkonsepkan perubatan tradisional. Soal perubatan tradisional
ini tidak mustahil ianya mampu menggembalikan dara pada gadis yang telah
ternoda. Sebabnya orang melayu turun temurun nenek moyang kita yang
menjadi bidan mengamalkan herba tulin untuk mengembalikan seorang wanita
yang baru lepas bersalin seperti anak gadis. Bezanya tiadalah
mengalirnya darah dara. Namun konsep ini di bawa kepada dunia perubatan
tradisional modan dengan keupayaan memulihkan semula selaput dara pada
bahagian dinding dalam faraj. Ianya mustahil untuk pulih seperti
sediakala kerana selaput asal adalah anugerah dari Allah. Apa yang boleh
dilakukan ialah mencipta dara tiruan melalui pembentukan menipiskan
tisu-tisu dinding dalam faraj, mengetatkan lubang faraj dan merapatkan
lubang faraj. Dengan cara ini apabila berlaku perstubuhan maka geselan
zakar akan membuatkan tisu dinding dalam yang nipis dan lembut terluka
dan mengalirkan darah. Memang pedih seperti kali pertama berlaku pecah
dara, namun ianya tidak memudaratkan kecederan dalam atau kesan-kesan
sampingan. Pedih ini hanya seketika seperti permulaan pecah dara. Inilah
konsep perubatan melalui herba asli untuk pemulihan dara semula.
No comments:
Post a Comment